Hanya KERANA Tidak Berpuas Hati Dengan CAJ MINIMUM Penggunaan Komputer Dan Mencetak Sehelai Kertas Berjumlah RM1.50, Seorang LELAKI MENENDANG DINDING Sebuah Kafe Siber

loading...

KOS Sehelai Kertas Berjumlah RM1.50, Seorang Lelaki Menendang Dinding Sebuah Kafe Siber ..


Kuala Lumpur: Hanya kerana tidak berpuas hati dengan caj minimum penggunaan komputer dan mencetak sehelai kertas berjumlah RM1.50, seorang lelaki menendang dinding sebuah kafe siber di Taman Desaru Utama, Johor Bahru, pagi tadi.
Kejadian jam 10 pagi itu mengakibatkan pemilik kafe siber, Syarqawi Daut, 27, menanggung kerugian kira-kira RM400 akibat kerosakan pada dinding.
Syarqawi ketika dihubungi Harian Metro berkata, ketika kejadian dia berada di rumah manakala premis berkenaan dijaga pekerjanya, Mohd Fakrul Razi Pauzi, 21.
Menurut Syarqawi, dia kemudian dihubungi pekerjanya memaklumkan terdapat seorang lelaki mengamuk kerana enggan membayar bayaran komputer dan servis cetakan.
“Saya terus ke kedai dan sampai saja di sana lelaki terbabit sudah pun beredar.
“Namun apa yang memeritkan adalah keadaan kerusi dalam premis berselerak manakala dinding pecah akibat ditendang lelaki itu,” katanya.#
Dia berkata, sepanjang menjalankan perniagaan kafe siber lebih tiga tahun, itu kali pertama dia berdepan dengan pelanggan yang bertindak sedemikian.
“Caj cetak bagi sehelai kertas tidak berwarna ialah 50 sen manakala RM1 adalah caj minimum penggunaan komputer termasuk melayari Internet.
“Setahu saya harga ini memang dipraktikkan di semua kafe siber dan tiada istilah saya mengenakan caj tinggi kepada lelaki itu,” katanya yang membuat laporan di Balai Bandar Penawar, kira-kira jam 12 tengah hari.#
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
loading...

0 Response to "Hanya KERANA Tidak Berpuas Hati Dengan CAJ MINIMUM Penggunaan Komputer Dan Mencetak Sehelai Kertas Berjumlah RM1.50, Seorang LELAKI MENENDANG DINDING Sebuah Kafe Siber "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close